Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

4 IC Berbeza! Polis Tahan Lelaki, Guna Kad Pengenalan Orang Lain Beli Minyak Lebih 100 Liter

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol di sebuah stesen minyak di Tumpat, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek ditahan ketika sedang mengisi minyak dan polis menemui empat kad pengenalan dalam milikannya.

“Ketika ditahan, polis menemui empat kad pengenalan dalam milikannya. Dia dipercayai menggunakan kad pengenalan milik individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol,” katanya, hari ini.

Yusoff menambah, kes berkenaan telah dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

 Suspek turut disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara. Polis juga akan meneliti peruntukan undang-undang lain yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tular Video Lelaki Dakwa Warna Petrol RON95 Berubah – “Dah Macam Air”

Mengulas sama ada terdapat rakyat Malaysia yang membeli diesel di negara jiran dan masuk ke Kelantan melalui laluan tidak sah susulan krisis Asia Barat, Yusoff berkata setakat ini tiada kes dikesan.

“Kita tidak menahan mana-mana rakyat Malaysia yang cuba membawa masuk diesel dari seberang sempadan,” ujarnya.

Harga diesel di negara jiran dijual sekitar 38 baht (RM4.82) seliter, lebih murah berbanding di Malaysia yang ditetapkan pada kadar RM6.02 seliter hingga 8 April bagi Semenanjung.

Sumber: Harian Metro (Sharifah Mahsinah Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd