Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

37 Syarikat Dilantik TH Sebagai Pengelola Jemaah Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) telah melantik 37 syarikat pelancongan tempatan, termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS), sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk Musim Haji 1446H/2025M.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan BERNAMA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan penambahan bilangan PJH dari 25 ke 37 syarikat menunjukkan komitmen TH dalam memberi peluang kepada syarikat pelancongan tempatan.

Beliau menegaskan Tabung Haji terbuka kepada mana-mana syarikat pelancongan yang memenuhi kelayakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tabung Haji sangat terbuka dalam pemberian Lesen PJH kepada mana-mana syarikat pelancongan yang memohon serta memenuhi kelayakan dan seterusnya melepasi penilaian TH.
“Saya yakin syarikat-syarikat PJH yang terpilih ini memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta komited memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia,” katanya di majlis penyerahan lesen PJH bagi Musim Haji 1446H/2025M di Putrajaya hari ini.

Foto: Berita Harian

Untuk memudahkan urusan haji, TH telah melancarkan Sistem Agensi Haji, satu platform digital untuk memproses permohonan, penilaian, dan pemantauan perkhidmatan PJH.

Sistem digital ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, mempercepatkan proses, dan memastikan ketelusan dalam operasi.

Mohd Na’im turut menggalakkan PJH menawarkan pakej haji ekonomi di bawah RM50,000 untuk membantu lebih ramai bakal haji menunaikan ibadah haji dengan harga yang berpatutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, kerajaan akan terus memantau isu penipuan pakej haji dan umrah serta mengingatkan tentang peraturan ketat Arab Saudi berkaitan permit haji.

Beliau juga menasihati bakal jemaah haji supaya berhati-hati dan memilih pakej melalui syarikat yang dilesenkan TH.

Senarai penuh 37 syarikat PJH boleh didapati di laman web rasmi Tabung Haji.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Lokal

Seorang lelaki yang dipercayai bertindak ganas dengan memukul dan melanggar kepala isterinya menggunakan motosikal akhirnya diberkas polis selepas video kejadian itu tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd