Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

14 Tahun Menanti Zuriat, Bapa Sedih Anak ‘Gugur’ Akibat Diserang Israel

Seorang bapa tidak dapat menahan sebak apabila anaknya meninggal dunia akibat diserang tentera Israel, baru-baru ini.

Lebih memeritkan apabila zuriat yang ditunggu selama 14 tahun itu ‘pergi’ disebabkan perbuatan tidak berperikemanusiaan atas kerakusan kuasa.

Menerusi video tular, si bapa meraung sebaik sahaja melihat jasad anak lelakinya terbujur lemah dan kaku selain dilitupi dengan selimut.

“Kenapa? Kamu beritahu yang kamu mahu menjadi seorang juruterbang, anak. Kenapa kamu pergi (meninggal dunia), anak! Biarkan saya bersama dengan dia.
“Awak merupakan bulan, anak. Bulan, nak..”rintihnya sambil memeluk erat jasad anak.

Perkongsian itu turut membuatkan ramai warganet bersimpati dan tidak dapat menahan rasa sedih melihat seorang bapa kehilangan anak yang dinantikannya selama ini bersama isteri.

anak diserang Israel anak diserang Israel

Sebelum ini, portal melaporkan lebih 500 terbunuh apabila Hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza City dibom. Kejadian tersebut berlaku pada malam sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada rejim Zionis  itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan dari Reuters, Menteri Kesihatan dalam kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, Mai Alkaila, menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Artikel lain: Insiden Hospital Diletupkan: Russia & UAE Gesa Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB

Bagaimanapun, tentera Israel menafikan bertanggungjawab ke atas letupan di hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza City dan memberitahu hospital itu terkena pelancaran roket yang gagal oleh kumpulan tentera Jihad Islam Palestin di kawasan berkenaan.

Sumber: X @Marchfoward

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sukan

Bekas pemain Al Nassr, Shaye Sharahili, mendedahkan satu sisi luar biasa mengenai kapten pasukan itu, Cristiano Ronaldo, sepanjang beraksi di Arab Saudi yang nyata...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd