Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Zii Jia Tewas Di Tangan Pemain Korea, Terkandas Awal Di Paris

Harapan peminat badminton tanah air untuk menyaksikan kebangkitan semula Lee Zii Jia di Kejohanan Badminton Dunia 2025 tidak kesampaian apabila pemain profesional negara itu tersingkir seawal pusingan pertama.

Zii Jia terkandas di Paris

zii jia

Foto: Malaysia Gazette

Menurut laporan Malaysia Gazette, Zii Jia gagal mengekang cabaran pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin, apabila tewas straight set 17-21, 11-21 dalam perlawanan yang hanya mengambil masa 41 minit di Adidas Arena, Paris.

Artikel lain: Posting Penuh Misteri Lee Zii Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

Venue sama sebelum ini pernah menjadi saksi kejayaannya meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik Paris, namun kali ini nasib nyata tidak menyebelahi pemain berusia 27 tahun itu.

Kekalahan tersebut sekali lagi menambah rentetan episod sukar dalam kariernya yang kini menghuni ranking ke-52 dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
zii jia

Foto: Kosmo!

Pada Mac lalu, bekas juara All England itu membuat keputusan berehat panjang daripada kejohanan antarabangsa selain memohon perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan buku lali kanannya.

Sumber: Malaysia Gazette

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd