Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Zii Jia Setuju Sertai Skuad Piala Thomas

Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mencapai sepakat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyertai skuad negara dalam kempen Piala Thomas 2026.

Pasukan Team LZJ dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Zii Jia turut bersetuju mengetepikan bayaran hak imej bagi membolehkannya mewakili Malaysia pada kejohanan berprestij itu, sekali gus mencerminkan komitmen serta dedikasinya terhadap negara.

Foto arkib: AP

Menurut kenyataan itu, pemain berusia 27 tahun itu merakamkan penghargaan kepada Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Datuk Seri Lee Chong Wei atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepadanya untuk membantu misi negara.

“Beliau berharap perkembangan ini membuka lembaran baharu antara Zii Jia dan BAM, seterusnya bergerak seiring demi kepentingan badminton Malaysia,” menurut kenyataan berkenaan.

Pusingan akhir Piala Thomas dijadual berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd