Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Zahid Mohon Bersabar, Elaun Ahli Parlimen Akan Ditambah Semula

Awal Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan elaun pembangunan Ahli Parlimen akan dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Keputusan itu dibuat atas tujuan mengawal kewangan negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Sabar, elaun akan ditambah semula

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, elaun tersebut akan ditambah semula sekiranya kedudukan kewangan negara bertambah baik.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayaberkata, Anwar akan menambah semula pada akhir tahun ini atau tahun hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, beliau meminta agar semua pihak sabar menunggu apabila negara sudah mampu mengatasi masalah kewangan.

“Kita tahu Belanjawan (2023) yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini mempunyai kekangan dari segi untuk menguncupkan perbelanjaan yang seimbang dari 5.5 peratus ke lima peratus.
“Ahli-Ahli Parlimen mempunyai kebertanggungjawaban bukan saja untuk menjaga kawasan mereka malah mempunyai pelbagai permintaan (dari segi peruntukan pembangunan)… tentunya bebanan dan jangkaan itu tinggi, namun pada waktu sama atas kekangan kewangan itu, saya fikir kita harus bersabar sedikit,” katanya.

Justeru itu, Ahmad Zahid berharap agar semua Ahli Parlimen terus komited memberikan perkhidmatan berterusan kepada rakyat di kawasan mereka meskipun jumlah elaun pembangunan dikurangkan.

Beliau berkata demikian dalam majlis Konvokesyen ke-19 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Sumber: Harian Metro 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd