Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

YWM Waqaf Hutan, NRES Galak Pemuliharaan & Pemeliharaan Destinasi Ekopelancongan

Destinasi Ekopelancongan

Atas dasar menggalakkan pemuliharaan dan pemeliharaan destinasi ekopelancongan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) menganjurkan Karnival Penghijauan Malaysia dan KL Green Symphony 2024.

NRES galak promosi destinasi Ekopelancongan

Menterinya, YB Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, anjuran karnival berkenaan adalah bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Selain itu, ia turut mempromosikan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, meraikan Sambutan Jubli Emas Hutan Simpan Bukit Nanas yang ke-50.

Malah, mempromosikan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) sebagai salah satu destinasi ekopelancongan memandangkan Malaysia bakal mempengerusikan ASEAN tahun hadapan dan seterusnya Tahun Melawat Malaysia 2026, selain mempunyai banyak potensi bagi tanaman pokok.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“TERKL adalah satu-satu kawasan hutan semula jadi asli yang berada di tengah-tengah ibu negara yang juga dikenali dengan green lung area dengan jenis Hutan Dipterokarpa Pamah, Hutan Hujan Tropika.
“Konsep penubuhan kawasan ini adalah berasaskan pendidikan alam semula jadi (nature education) kepada pengunjung, seiring dengan kelas fungsinya iaitu Hutan Lipur, Hutan Penyelidikan dan Hutan Pembelajaran,”ujarnya.

Terdahulu Nik Nazmi menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Wakaf Tunai Perkhidmatan Hutan Malaysia antara Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Dr. Ridzwan Bakar dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam diwakili Ching Thoo.

“Wakaf Hutan ini akan menjadi salah satu produk wakaf tunai YWM di mana dana wakaf terkumpul bagi tujuan ini akan digunakan bagi pelaksanaan projek pembangunan kemudahan asas di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) serta projek atau program pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan HSK,”ujarnya.

Nik Nazmi berkata, kerajaan juga beriltizam mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara dengan kawasan hutan dan pokok-pokok.

Katanya lagi, Malaysia juga telah mencapai rekod penanaman sebanyak 99,483,068 pokok pada peringkat kebangsaan yang bermula sejak 2021 dan menyasarkan tanaman pokok berjumlah 100 juta seluruh negara tahun depan.

Karnival yang bertemakan “Hutan: Simfoni Alam”, turut mengiktiraf penglibatan pihak-pihak yang menjayakan program penghijauan Malaysia.

Sebanyak empat buah Pejabat Kerajaan Negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu telah menerima Sijil Penghargaan Program Penghijauan Malaysia daripada Menteri NRES.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, orang ramai berpeluang memasuki Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL), di sini secara percuma selama tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin.

Antara aktiviti dianjurkan adalah seperti  Malam Simfoni Hutan Hujan, Santai Bersama Selebriti, Canopy Night Walk, Fiesta Makanan, Pertandingan Sukan dan Riadah, Pertandingan TikTok, Pertandingan Fotografi Flora dan Fauna, pameran, Larian dan Kayuhan Lestari.

Selain itu, demonstrasi memanjat pokok dan perolehan biji benih dan sebagainya turut diadakan.

Artikel lain: NRES Arah MET Malaysia Tambah Baik SOP Amaran Cuaca

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd