Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Sampai 3 Tahun Nikah, YouTuber Terkenal Indonesia, Ria Ricis Fail Cerai

YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis telah menfailkan penceraian terhadap suaminya Teuku Ryan walaupun rumah tangga yang dibina baru sahaja berusia dua tahun.

Ria Ricis buat permohonan cerai

Memetik laporan dari CNN Indonesia, adik kepada pendakwah, Ustazah Oki Setiana Dewi itu telah membuat permohonan untuk bercerai di Pengadilan Agama Jakarta pada 30 Januari 2024.

Perkara itu dibenarkan oleh Humas PA Jakarta Selatan Taslimah apabila permohonan tersebut terdaftar di e-court dengan nombor rujukan 547/Pdt.G/2024/PA.JS.

“Untuk nama tersebut, ia sudah didaftarkan ke Urusetia Jakarta Selatan pada 30 Januari 2024 waktu petang atas nama Ria Yunita dan Teuku Rushariandi,” 
“Nama tersebut telah terdaftar di Urusetia Jakarta Selatan secara e-court dengan nombor rujukan 547/Pdt.G/2024/PA.JS,” katanya.

Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan dengan cukup mewah pada 12 November 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Cut Raifa Aramoana yang dilahirkan pada 26 Julai 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keretakan rumah tangga mereka mulai dihidu netizen apabila kedua-duanya tidak lagi memuat naik perkongsian di media sosial bersama sejak penghujung tahun 2023.

Walaupun di awal tahun 2024 mereka mengerjakan umrah bersama-sama keluarga besar, namun tiada kelibat mereka berada dalam satu momen yang sama.

Sumber: CNN Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd