Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Yayasan Waqaf Malaysia Jalin Kerjasama Dengan MAPIM, Spectre MD

Baru-baru ini, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah jalin kerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Spectre Md Sdn Bhd untuk membawa wakaf Malaysia ke peringkat antarabangsa, terutamanya dalam terimaan dan agihan dana dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

Difahamkan, YWM akan meningkatkan tahap pengurusan dan terimaan dana melalui pewujudan ekosistem digital yang disediakan oleh pihak Spectre MD Sdn. Bhd.

Yayasan Waqaf Malaysia jalin kerjasama

Artikel lain: MITI Tekan Aspek Pelaksanaan, Kerjasama Lebih Erat Antara Sektor Awam & Swasta

“Jalinan kerjasama ini signifikan dalam membantu meningkatkan penjenamaan YWM melalui pendekatan teknologi dan inovasi digital.
“Manakala dari aspek agihan, kerjasama dengan MAPIM dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan akan membantu memperluas skop pengagihan YWM ke luar negara,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Antara program yang diperincikan dalam kerjasama ini adalah Misi Bencana Alam Dalam dan Luar Negara, Projek Pemulihan Pasca Bencana Dalam dan Luar Negara, Projek Segmen Sosial dan Prihatin Dalam Negara, Misi Kemanusiaan Luar Negara, Agihan Kebajikan Dalam Negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, ia termasuklah bagi tujuan pembinaan semula penempatan, pembangunan fasiliti seperti sekolah, masjid, hospital dan klinik.

Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.

Sesi menandatangani memorandum persefahaman ini telah disempurnakan oleh Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama (Dr.) Ahmad Sani bin Dato’ Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM dan Encik Khairul Nizam Othman, Pengarah Eksekutif Spectre MD Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, YWM berharap usaha-usaha yang dilakukan dapat membantu memperkasakan lagi wakaf di Malaysia di mana hasilnya kelak akan memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi ummah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan lanjutan kerjasama jangka panjang bersama Astro, penyedia kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sebagai Rakan Media Rasmi di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd