Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wartawan FMT Mohon Maaf, Nadir Al-Nuri Tawar ‘Kerusi Khas’ Ke Wilayah Bergolak

Seorang wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi yang tercetus berhubung soalan yang dikemukakannya dalam satu wacana awam berkaitan isu Gaza, baru-baru ini.

Wartawan FMT mohon maaf

Dalam kenyataan bertulis awal pagi tadi, Rex mengakui kesilapannya mengemukakan soalan tidak sesuai dengan konteks majlis “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” yang berlangsung pada 12 Januari lalu, selain gagal mempertimbangkan sensitiviti isu berkenaan.

Dia turut menyatakan kekesalan kerana menyentuh isu hubungan kaum Cina dan Melayu dalam soalan tersebut, yang disifatkannya sebagai tidak perlu dan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak berniat untuk menghasut, apatah lagi mengemukakan soalan yang bersifat perkauman,” katanya sambil menyatakan tiada niat menyinggung mana-mana komuniti termasuk masyarakat Melayu, Cina mahupun rakyat Palestin.

Menurut Rex, kekurangan sensitiviti dalam tindakannya telah mencetuskan kegelisahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat Malaysia, sesuatu yang amat dikesalinya sebagai seorang pengamal media.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Wartawan FMT mohon maaf

Foto: Media sosial

Dia turut memaklumkan telah meneliti kenyataan dikeluarkan oleh Majlis Media Malaysia serta pandangan pelbagai pihak yang mengkritik tindakannya, selain mengakui rujukan terhadap Malaya dalam soalan tersebut adalah keterlaluan, tidak relevan dan mengelirukan.

“Saya mengakui sepenuhnya bahawa saya telah gagal bersikap profesional sebagai seorang wartawan,” katanya menegaskan bahawa segala kelemahan dan kekhilafan itu datang daripada dirinya sendiri, tanpa menyalahkan mana-mana pihak lain.

Sehubungan itu, Rex turut merayu agar FMT tidak dikaitkan dengan kontroversi berkenaan serta meminta agar ahli keluarga dan kenalannya tidak dijadikan sasaran.

Dalam kenyataan sama, dia turut menjelaskan bahawa soalan yang dikemukakannya tidak menggunakan istilah “apartheid” dan tidak pernah bertujuan menyamakan keadaan masyarakat Cina di Malaysia dengan nasib rakyat Palestin.

Ahli politik veteran Britain George Galloway molak perbandingan antara rakyat Palestin dengan komuniti Cina di Malaysia. Foto: Agensi/Sky News

Dia berkata, perkara itu telah dijelaskan semasa diberikan peluang kedua untuk bercakap dalam wacana berkenaan, malah mengakui perbandingan sedemikian tidak masuk akal.

Pada masa sama, Rex mengulangi sokongan penuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan hidup bebas daripada pencerobohan Israel.

Artikel lain: Ahli Politik Britain Tolak Perbandingan Konflik Palestin Dengan Masyarakat Cina Di Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga menyentuh mengenai hantaran Zaid Ibrahim yang menurutnya telah menyalah tafsir soalan tersebut dengan mendakwa dirinya membandingkan dasar apartheid Israel dengan layanan orang Melayu terhadap masyarakat Cina di Malaysia.

“Saya berharap isu ini dapat diredakan segera,” jelasnya.

Tambah Rex, dia sekali lagi memohon maaf secara terbuka dan menyatakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kontroversi yang tercetus, sambil berharap perkara itu tidak menjejaskan FMT atau individu yang rapat dengannya.

Sementara itu, pengasas Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut memberi reaksi terhadap isu berkenaan menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Wartawan FMT mohon maaf

Foto: Instagram Nadir Al-Nuri

Dalam hantaran tersebut, Nadir memaklumkan bahawa pihaknya menyediakan satu “kerusi khas” kepada Rex untuk ke Gaza bagi melihat sendiri keperitan sebenar yang dialami rakyat Palestin.

“Saya mewakili Sumud Nusantara Official menyediakan satu kerusi khas untuk Rex Tan ke Gaza bagi mengenali keperitan sebenar mereka di sana,” tulisnya hari ini.

Bagaimanapun, dia tidak mengulas lanjut sama ada tawaran itu dibuat secara rasmi atau sekadar sebagai kenyataan simbolik, malah setakat ini Rex belum mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FMT, Threads @nadiralnuri

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Nasional

Orang ramai digesa supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia pada 7 hingga 8...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd