Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Warkah Fadhlina Buat Penduduk Sungai Bakap, Rayu Undi Calon PH

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek menyampaikan sebuah warkah yang ditulisnya khas buat penduduk yang akan turun mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan pada esok.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Fadhlina memaklumkan bahawa warkah tersebut ditulis demi untuk merayu semua warga Sungai Bakap supada dapat memberikan peluang kepada Cikgu Joohari, selaku calon wakil rakyat yang dipilih untuk bertanding di bawah parti PH.

Foto: Facebook Fadhlina Sidek
“Hampir usai tempoh masa yang dipinjamkan untuk merebut hati dan sokongan para pengundi dalam mendokong YB Cikgu Joohari untuk berkhidmat di Sungai Bakap (N20) ini.
“Sejujurnya, saya hargai setiap komentar dan pandangan yang disampaikan kepada saya. Tidak kira dari penduduk, jentera, pimpinan serta penjawat awam. Setiap aduan, permohonan serta jalinan dua hala antara rakyat dan wakil rakyat sememangnya sangat dinantikan,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, tekad untuk berkhidmat dengan lebih baik sudah pasti dapat dijayakan sekiranya bersama dengan rakan sepimpinan sebagai ahli dewan undangan negeri dan mempunyai akses untuk agensi dan pelaksana dasar di peringkat negeri dan federal.
Foto: Facebook Fadhlina Sidek
“Para guru, jururawat, pasukan polis dan seluruh jajaran penjawat awam juga turut memberikan sisi pandang yang saya terima dengan hati terbuka.
“Pastinya dalam mendepani masa depan ini, setiap daripada kita memerlukan jaminan bahawasanya tidak akan ada sesiapapun dikesampingkan. Keutamaan dan kesejahteraan semua,sentiasa menjadi keutamaan saya, khususnya di Nibong Tebal ini,” tambahnya.

Fadhlina turut memaklumkan golongan baik dan cerdik wajar menjadi pemimpin di negeri tersebut agar dapat “memanusiakan” dan “menginsankan” warganya untuk terus menjadi orang yang santun dan cerdas.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd