Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dengar Mangsa Jerit Minta Tolong, 5 Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Selamatkan Penduduk

Warga Pakistan Nekad Terjun

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima warga Pakistan nekad terjun sungai bagi membantu kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terkesan dengan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini.

Menurut penduduk Kampung Sri Aman, Ahmad Syawal Hassan, 39, dia terdengar suara jeritan mangsa meraung dan menangis sambil mendukung anak mahu menyebarang sungai kerana bahang api terlalu panas.

Kongsinya, pada mulanya dia memanggil penduduk sekitar untuk membantu namun tiada yang berani ke sungai berkenaan.

Namun, dia kemudiannya memanggil beberapa warga Pakistan yang berada berdekatan bagi membantu menyelamatkan mangsa-mangsa terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka terus terjun ke sungai untuk menyelamatkan kanak-kanak yang melecur.
“Kira-kira lima warga Pakistan mendukung kanak-kanak sambil berenang menuju ke kampung kami,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Warga Pakistan Nekad Terjun

Artikel lain: Nahas Kluang: Lima Termasuk Sepasang Suami Isteri, Anak Dua Tahun Maut

Sementara itu, seorang warga Pakistan, Jaaffar Ali, 48, berkata, dia mendengar jeritan meminta tolong dari seberang sungai tetapi suaranya tenggelam akibat bunyi letupan gas. Dia cuba memberi amaran supaya tidak menyeberangi sungai kerana arus deras, namun beberapa individu tetap berbuat demikian.

Melihat ada yang hampir lemas, Jaaffar terjun ke sungai dan berjaya menyelamatkan mereka.

Seramai 30 orang cuba menyeberang, tetapi hanya tujuh yang berjaya ke Kampung Sri Aman, manakala yang lain dinasihatkan supaya tidak meneruskan perjalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang lagi warga Pakistan, Amer Nawab, 48, berkata dia dan rakannya mengambil risiko menyelamatkan kanak-kanak yang berenang di sungai. Bahang api terasa panas walaupun di dalam air, dan beberapa kanak-kanak mengalami melecur, tetapi mereka bersyukur semuanya selamat.

Sumber: TikTok search, FB Sinar Harian, Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd