Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bergambar Tunjuk Jari Telunjuk Ke Langit, Warga Malaysia Ditahan Di Madinah

Seorang warga Malaysia telah dianggap pejuang Palestin dan ditahan pihak berkuasa tempatan di Tanah Suci ketika menunaikan umrah kerana bergambar dengan menunjukkan jari telunjuk ke langit.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, tular di media sosial berkenaan perkongsian sekumpulan jemaah umrah mendakwa  mereka telah ditahan di Madinah selama setengah jam hingga 45 minit untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa tempatan kerana dianggap menunjukkan tanda solidariti kepada Palestin.

Bergambar di perkarangan Masjid Nabawi

Hal ini dinyatakan menerusi Facebook seorang warga Malaysia dikenali sebagai Huda Izaham dengan melampirkan gambar di pekarangan Masjid Nabawi yang menjadi punca ditahan.

Dalam gambar tersebut, dia menaikkan jari telunjuk yang menuju ke langit yang membawa maksud ‘Allah Yang Satu’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya dan dua sahabat ditahan pihak berkuasa kerana gambar ini. Hampir setengah jam hingga 45 minit disoal siasat. Visa kami disemak secara teliti.
“Kami juga dibawa berjalan oleh polis sejauh 500 meter untuk menguji sama ada kami akan larikan diri atau tidak,” tulisnya.

warga malaysia

Warga Malaysua sudah dibebaskan

Ujarnya lagi, mereka ditangkap kerana bergambar dengan mengangkat jari telunjuk (menggambarkan Allah yang satu) dan kami dianggap sebagai  pejuang Palestin.

“Alhamdulillah kami dilepaskan dengan bantuan sahabat Abu Muadz yang fasih berbahasa arab.
“Jadi peringatan untuk semua, Arab Saudi adalah sebuah negara yang pro-Amerika Syarikat,” katanya.

warga malaysia

Warga Malaysia mengerjakan umrah sejak awal November

Dia yang berada di Tanah Suci sejak awal November lalu dipercayai bertujuan untuk menunaikan umrah bersama jemaah yang lain.

Sebelum ini,  kerajaan Arab Saudi dilaporkan melarang keras jemaah umrah memakai atau menunjukkan solidariti berkaitan Palestin.

Hubungan diplomatik negara Arab dan Israel menyebabkan sebarang usaha dalam mempertahankan nasib rakyat Palestin tidak diendah ekoran beberapa faktor antaranya faktor geopolitik serantau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Hafiz Saidina)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd