Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

41 Lelaki Dicekup Sertai ‘War Game’ Guna Senjata Tiruan

Polis menahan 41 lelaki selepas didapati terbabit dalam aktiviti permainan perang menggunakan senjata api tiruan jenis airsoft gun di kawasan Padang Hangus, Gebeng di Kuantan pada Ahad lalu.

Menurut laporan Kosmo!, operasi berkenaan, dikenali sebagai Op Laras, dijalankan Pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama unit khas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan.

senjata

Foto: Kosmo!

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, serbuan kira-kira jam 3 petang itu berjaya mengesan 39 lelaki sedang mengikuti taklimat sebelum memulakan permainan di tanah rezab TLDM yang belum dibangunkan.

Artikel lain: Pulang Cuti Dari Thailand Bersama Teman Lelaki, Pelajar Tingkatan Enam Positif Bahan Terlarang

“Polis turut menahan dua lelaki lain di lokasi berasingan yang dipercayai membawa senjata airsoft dan peralatan taktikal menggunakan Toyota Vellfire serta Proton X70,” katanya.

Antara barangan yang dirampas termasuk 65 laras senapang, 32 pistol angin, 130 kelopak peluru, 28 vest, 40 helmet dan gogal, 22 bungkus peluru BB, 18 unit gas dan bateri serta 35 aksesori lain. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM100,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.
senjata

Foto: BH

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) kerana memiliki senjata api tiruan tanpa lesen atau permit sah. Sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesemua suspek yang ditahan berusia 21 hingga 66 tahun, terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya termasuk pesara tentera, anggota tentera, jurutera, guru, doktor fisioterapi, juruteknik, pekerja kilang, penjawat swasta serta pelajar.

Sumber: Kosmo! (Norhafizan Zulkifli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd