Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Tertua Di Kelantan Meninggal Dunia Pada Usia 124 Tahun Akibat Sakit Tua

Wanita tertua di Kelantan, Siti Liah Mamat, 124, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Cherang, pada Ahad akibat sakit tua.

Wanita tertua meninggalkan 14 anak, 40 cucu

Menurut laporan Harian Metro, Allahyarhamah yang dikelilingi oleh anak serta cucu pada saat-saat akhir hayatnya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11 malam. Beliau meninggalkan 14 orang anak dan lebih 40 cucu yang kini merasai kehilangan besar.

wanita tertua

Cucu arwah, Azhar Mustafa, 50, berkata walaupun kesihatan neneknya semakin merosot sejak beberapa bulan lalu, beliau tetap seorang yang ceria dan menjadi pengikat kasih sayang dalam keluarga besar itu.

Artikel lain: Pernah Tular Nenek Baca Yassin Di Sekolah, Cucu Hadiahkan Keputusan 9A SPM 2024

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Arwah seorang yang penyayang dan penuh kesabaran. Pesannya kepada kami ialah supaya saling menjaga dan sentiasa bersyukur. Kehilangannya amat dirasai kerana dialah nadi keluarga,” katanya.

Jenazah Siti Liah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rambutan Rendang tengah hari Isnin selepas disembahyangkan kira-kira 70 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta pelajar tahfiz berhampiran.

wanita tertua

Untuk rekod, Siti Liah yang merupakan wanita tertua di Kelantan, pernah menjadi perhatian media pada 2021 apabila pada usia 120 tahun, beliau termasuk dalam kelompok penerima vaksin COVID-19 tertua di negara ini melalui program pandu lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Sumber: Harian Metro (Sharifah Mahsinah Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd