Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Rusia Tidak ‘Demand’, Sudi Kahwini Lelaki Bergaji RM2,300 Sebulan

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di platform media sosial X.

Seorang pengguna X, @DeanOrDeen memuat naik satu video wanita beragama Islam itu ditemu ramah berkaitan tentang pendapatan bulanan yang perlu diperoleh lelaki untuk mengahwini gadis di Rusia.

Wanita yang dilihat mengenakan pakaian kurung berwarna kemerahan dan bertudung coklat itu juga memberitahu gaji bulanan perlu diperoleh suami adalah sebanyak 500$, iaitu sekitar RM2,300.

Foto: Tangkapan layar X

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jumlah pendapatan yang dihasilkan lelaki sebenarnya tidak penting, tetapi perlulah mencukupi untuk menampung perbelanjan dan kos sara hidup,” katanya.

Penemu ramah juga bertanyakan tentang berapa aggaran jumlah yang perlu diberikan kepada keluarga pengantin perempuan untuk urusan majlis pernikahan tersebut.

Wanita itu kemudiannya menjawab bahawa hal tersebut bergantung kepada pihak pengantin lelaki, serta memaklumkan majlis perkahwinan akan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga pengantin lelaki berkenaan.

Sementara itu, ramai netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan maklum balas di ruangan komen hantaran video tersebut, dimana rata-rata adalah golongan lelaki Malaysia yang berniat untuk mencari pasangan warganegara Rusia.

Mula belajar bahasa Rusia..

Aminnn

Mampu kahwin 3 dari sana?

Untuk makluman, terdapat banyak tradisi perkahwinan yang masih diamalkan di Rusia dan ia adalah berbeza-beza di setiap tempat atau suku kaum, malah terdapat juga kawasan menjadikan majlis pernikahan sebagai ukuran atau petanda yang melambangkan kesejahteraan masa depan pasangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X @DeanOrDeen

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd