Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Potong Kemaluan Kekasih, Cemburu Mangsa Masih Ada Isteri

Cemburu buta membawa padah apabila seorang wanita warga Bangladesh bertindak kejam mencederakan teman lelakinya dengan potong kemaluan mangsa selepas mengetahui lelaki itu masih mempunyai isteri di negara asalnya.

Potong kemaluan kekasih kerana cemburu

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi Rabu.

potong kemaluan

Foto: Utusan Malaysia

Menurut beliau, insiden berlaku di Kampung Lokan, Gelang Patah, melibatkan mangsa berusia 33 tahun yang cedera parah pada bahagian kemaluan dan tangan kiri akibat diserang teman wanitanya menggunakan pisau.

Artikel lain: Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri Dengan Kerusi Akibat Cemburu

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Hasil siasatan dan risikan lanjut, polis menahan suspek berusia 34 tahun kira-kira jam 12.15 tengah hari hari yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala ujian saringan air kencing juga negatif dadah. Polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian,” ujarnya.
potong kemaluan

Foto: thesun

Tambah Kumarasan, tindakan suspek potong kemaluan kekasihnya dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu selepas mengetahui teman lelakinya masih belum menceraikan isterinya di Bangladesh walaupun telah menjalinkan hubungan dengannya di negara ini.

Suspek kini direman selama lima hari bermula Khamis hingga 13 Oktober bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd