Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita Menangis Dihukum Sebat, Bersalah Zina Dengan Ipar Sendiri

Seorang wanita menangis sewaktu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali di hadapan umum selepas didapati bersalah berzina dengan iparnya.

Tak kuat tahan sakit

Video yang tular di TikTok itu telah dikongsikan media Indonesia memperlihatkan wanita behijab itu mengangkat tangan dan menangis  sewaktu menerima hukuman kerana tidak kuat menahan rasa sakit.

@kontras.news

Wanita Terpidana Zina Dicambuk 100 Kali di Lhokseumawe #viral #acehviral #kabaraceh #cambukaceh

♬ Jaga Tubôh – Husni Al Muna

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Menerusi kenyataan yang dikongsikan kontras.news, wanita terbabit telah menjalani hukuman di hadapan pejabat Satpol PP dan Wilayatul Hisbah (WH) kerana dikatakan melanggar syariat Islam dengan berzina.

Difahamkan, masyarakat sekeliling telah menangkap wanita terbabit dengan seorang lelaki yang juga ahli keluarganya sedang berzina Kota Lhokseumawe, Aceh.

Hukuman tersebut telah dilakukan oleh algojo yang berpakaian gelap sambil menyebat wanita dikhalayak ramai sebanyak 100 kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak lelaki juga dikatakan turut dikenakan hukuman sama memandangkan masing-masing sudah berkeluarga namun melakukan hal terkutuk itu.

Sumber: TikTok kontras.news

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd