Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Hamil Mengidam Disaman, Gembira Selepas Ditahan Polis

Pihak polis di Pamanukan, Jawa Barat, Indonesia telah menunaikan permintaan seorang wanita hamil mengidam disaman pihak berkuasa selepas ibu itu menyampaikan permintaannya kepada mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, polsek_pamanukan telah memuat naik satu video memaparkan wanita hamil dari Desa Kotasari, Kecamatan Pusakanagara, Subang, Jawa Barat tersebut bersama suaminya yang kelihatan gembira apabila menerima saman itu.

Wanita hamil mengidam disaman polis

Wanita hamil mengidam disaman

“Ibu yang sedah hamil mengidam disaman polis. Sebagai bentuk peduli kepada masyarakat, pihak kami telah memenuhi keinginan ibu yang sedang hamil ini. Semoga cahaya matanya jadi anak yang soleh dan solehah,” tulis hantaran itu.

Memetik laporan Tribun Jatim, Ketua Polis Pamanukan, AKP Udin Awaludin berkata wanita hamil itu dan suaminya telah mendekati anggota polis yang sedang bertugas dan menyampaikan keinginan unik mereka.

Susulan itu, pihaknya mengambil keputusan untuk menunaikan permintaan tersebut dan meminta pasangan itu untuk menunggang motosikal di sekitar kawasan bandar sebelum diberhentikan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lelaki British Dakwa Terkandas Di Malaysia Selepas Gagal Bayar Parkir RM7 – “Menjengkelkan, Tak Masuk Akal”

“Kami mudahkan urusan mereka, jadi kami buat satu sketsa. Mereka disuruh menunggang motosikal di sekitar Pamanukan sebelum diberhentikan oleh anggota polis.
“Sketsa ini dibuat semasa Operasi Keselamatan Lalu-Lintas 2025 pada 14 Februari lalu,” katanya.

Permintaan pelik, wanita hamil mengidam disaman polis

Ketika disaman, wanita hamil tersebut kelihatan girang, malah suaminya sempat mencium tangan anggota polis yang memberhentikan mereka.

Sumber: Instagram polsek_pamanukan, Tribun Jatim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd