Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Hadir RXZ Forever Legend Wajib Tutup Aurat, Penganjur Akan Sedia Kain Tudung

Peserta wanita yang menyertai himpunan permotoran RXZ Forever Legend selama dua hari bermula esok di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini diwajibkan bertudung.

Wanita sertai RXZ Forever Legend wajib bertudung

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, pengarah program, Muhamad Huzaifah Abdul Halim menyatakan ketetapan itu dibuat selaras dengan pengisytiharan kawasan tersebut sebagai zon menutup aurat oleh pihak penganjur.

RXZ Forever Legend

Bagi memastikan RXZ Forever Legend berjalan dalam keadaan tertib

Menurut beliau, langkah berkenaan bertujuan memastikan penganjuran program berjalan dalam keadaan tertib serta menghormati budaya dan peraturan tempatan yang ditetapkan.

“Sejurus melangkah masuk ke kawasan ini (RTC Tunjung), kesemua peserta secara automatik berada dalam zon menutup aurat.
“Jika terdapat peserta wanita yang hadir tanpa menutup aurat, urusetia akan menyerahkan kain tudung yang telah disediakan,” katanya.

Diingatkan untuk tidak membuat bising

Dalam masa sama, Muhamad Huzaifah memaklumkan pengasingan tempat duduk melibatkan lelaki, wanita dan keluarga turut dilaksanakan bagi memastikan semua garis panduan dipatuhi sebaik mungkin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penganjur juga mengingatkan peserta supaya tidak membuat bising dengan melakukan ‘rem motosikal’ sama ada di dalam atau di luar tapak program.

“Peraturan jalan raya perlu dipatuhi selain menunggang secara berhemah,” ujarnya.

Artikel lain: Elak Bunyi Bising, RXZ Members Tolak Motosikal Bila Lalu Depan Perumahan

Beliau memaklumkan pihak penganjur menjangkakan lebih 20,000 peminat motosikal akan hadir memeriahkan himpunan RXZ Forever Legend yang dijadual berlangsung selama dua hari itu.

Sumber: Utusan Malaysia (Yatimin Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang. Pengerusi PTPTN,...

Lokal

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Malaysia Hindu Sangam Pulau Pinang menyarankan penganut Hindu supaya mengurangkan amalan memecahkan kelapa dalam kuantiti berlebihan sempena sambutan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd