Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ditinggal Sejak Kecil, Abang Tesla Bengang Dengan Tindakan Bapa -“Apa Jenis Perangai”

Usahawan terkenal, Abang Tesla bengang dengan tindakan individu dipercayai bapanya yang mengaku memiliki kedai telefon sebelum diambul alih oleh pempengaruh tersebut.

Abang Tesla bengang bapa kirim salam

Perkara itu ditulis di media sosial apabila terdapat satu komen yang menyatakan perkara tersebut sehingga membuatkan dirinya marah.

“Bang, ayah abang kirim salam. Dia kata dia yang buka kedai phone tu sebelum Abang Tesla take over. Dia kata lama tak jumpa,” ujar komen tersebut.

Ditinggal sejak kecil

Perkara tersebut dibalas oleh Abang Tesla atau nama sebenarnya, Muhammad Khal Iltizam Yusry dengan menyatakan dirinya telah ditinggal individu tersebut sejak berusia lima tahun lagi.

“Cakap dia, ut**h. Dia tinggal aku dari  umur aku lima tahun. Tak ada nak jenguk,” tulisnya.

Disuruh bayar hutang dibuat oleh bapa

Abang Tesla juga meluahkan rasa geram apabila bapanya dikatakan kerap membuat hutang namun menyuruh orang tersebut menagih bayaran kepadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, dia bukan tidak ingin mengaku individu tersebut sebagai bapa, tetapi dari kecil telah ditinggalkan dan langsung tidak dijenguk selepas itu.

abang tesla

Tak wajar claim kedai miliknya

Tambahnya lagi, dia malas untuk menjelaskan sebarang hal peribadinya berkaitan hubungan dengan bapa, namun tindakan mengaku kedai yang diusahakan sebagai miliknya adalah sangat berlebihan.

“Kau buat hutang, kau suruh org claim dengan aku. Aku bukan tak nak mengaku kau bapak aku.
“Tapi dari kecil aku tak pernah ada bapa, dan kau tak pernah nak balik jenguk anak-anak kau. Dari kecil aku tunggu kau balik.
Aku tunggu depan TV tapi tak pernah nak balik.
“Aku malas nak nak cakap lebih-lebih. Tapi memang macam apa la kalau kau cerita dengan orang apa yang aku usahakan tu milik kau,” tegasnya.

Artikel lain: Wanita Afrika Berminat Jadi Isteri Abang Tesla – “Dapat Bini International”

Walau bagaimanapun, pengguna TikTok yang menyampaikan ‘salam’ tersebut kepada Abang Tesla telah memohon maaf kerana tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut mengguris perasaan usahawan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga mendoakan supaya

Sumber: Facebook Khal Iltizam

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd