Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Elak Bunyi Bising, RXZ Members Tolak Motosikal Bila Lalu Depan Perumahan

Meskipun hampir seminggu berlalu, acara Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung selama dua hari di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus masih menjadi perbualan ramai di media sosial.

RXZ Members tolak motosikal

Terbaru, tular sebuah video dimuat naik oleh pengguna TikTok, @matnijang memaparkan sekumpulan peserta menolak motosikal masing-masing apabila melalui sebuah kawasan perumahan di waktu malam.

Difahamkan, tindakan itu dibuat bagi mengelak bunyi dihasilkan daripada ekzos motosikal mereka yang boleh mengganggu ketenteraman kawasan kejiranan tersebut, apatah lagi di tengah malam.

Menurut @matnijang, dia berharap penganjuran kali kelapan pada masa akan datang akan terus kekal berakar di bumi Terengganu Darul Iman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara positif dan negatif itu biasa, Ambil dua,dua, satu untuk kekalkan, satu untuk kita perbaiki bersama. Percayalah sudah tahun tahun vibe ini di sini, tiada galang ganti memorinya untuk kita kenang bersama,” tulisnya di ruangan kapsyen, baru-baru ini.

RXZ Members

Video berdurasi hampir satu minit itu memperlihatkan sekumpulan peserta yang memakai topi keledar menolak motosikal masing-masing tanpa membonceng, sehingga lokasi sesuai bagi menghidupkan semula enjin.

Artikel lain: Rezeki Anak, Bapa Bawa Pulang Alphard Hadiah Utama RXZ Members – “Kenapa Muka Tak Excited”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pujian terhadap tindakan murni itu yang disifatkan sebagai penuh adab dan hormat selain tahu membawa diri apabila berada di tempat orang.

Akhlak yang mulia

RXZ Members

Bangga sampai sebak

RXZ Members

Siapa cakap mereka tiada adab?

RXZ Members

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan meraih lebih 678,000 tontonan dan 77,100 tanda suka selain ribuan komen daripada kalangan netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @matnijang

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd