Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MPPN Sokong KPDN, Larangan Pembelian RON95 Untuk Kenderaan Plat Asing Wajar & Adil

Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) menyatakan sokongan penuh terhadap langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang sedang merangka peraturan baharu bagi menguatkuasakan larangan pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing di stesen-stesen minyak.

Sokong larangan pembelian RON95 buat kenderaan plat asing

Pengerusinya, Mohd Khair bin Ngadiron berpandangan usaha ini penting bagi memastikan subsidi petrol RON95 yang diperuntukkan kerajaan benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia, selaras dengan prinsip keadilan sosial dan perlindungan pengguna.

Larangan pembelian RON95 wajar & adil

Sebelum ini, Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali ada menjelaskan kerangka perundangan sedia ada melalui Peraturan 12A hanya membolehkan tindakan diambil terhadap stesen minyak semata-mata.

Justeru cadangan undang-undang baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang melibatkan larangan penjualan dan pembelian dianggap wajar bagi memperkukuh penguatkuasaan serta menangani ketirisan subsidi.

larangan pembelian

Artikel lain: Mengaku Salah ‘Salotape’ Nombor Plat Isi RON95, Pemandu Kereta Singapura Didenda RM9,000

Advertisement. Scroll to continue reading.

MPPN menegaskan bahawa penyaluran subsidi tanpa kawalan berkesan boleh membuka ruang kepada ketirisan sumber awam, penyalahgunaan oleh pihak tidak layak, serta beban fiskal yang menjejaskan kepentingan pengguna domestik.

Langkah ini dilihat sebagai usaha strategik untuk memastikan pasaran bekalan petrol kekal adil, telus dan mampan.

Sebagai badan penasihat utama kerajaan dalam hal ehwal pengguna, MPPN menegaskan mereka akan terus menyokong dasar dan inisiatif yang melindungi hak pengguna tempatan, memperkukuh tadbir urus subsidi, dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.

Badan ini turut menggalakkan pengusaha stesen minyak dan pengguna memberikan kerjasama penuh demi memastikan pelaksanaan dasar berjalan lancar untuk kepentingan rakyat dan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd