Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

SPRM Beku 21 Akaun Bank, Sita Aset Milik Pegawai Kanan TLDM Bernilai Dua Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengambil tindakan membekukan sebanyak 21 akaun bank serta menyita aset bernilai kira-kira RM2 juta menerusi Op Layar yang dijalankan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut laporan Berita Harian, tujuh akaun milik syarikat dan 14 akaun peribadi beberapa individu, dengan jumlah keseluruhan simpanan dianggarkan sekitar RM700,000 telah dibekukan.

Tindakan itu dibuat susulan siasatan terhadap beberapa syarikat yang dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah bagi mengesyorkan serta melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM.

SPRM beku 21 akaun bank

SPRM beku 21 akaun bank

Dalam operasi yang dikendalikan Bahagian Perisikan SPRM itu, dua buah hotel milik pegawai kanan TLDM berkenaan turut disita dengan anggaran nilai keseluruhan mencecah RM2 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, SPRM juga sedang menjalankan semakan bersama Jabatan Akauntan Negara bagi meneliti sama ada syarikat-syarikat terbabit pernah memperoleh tender atau sebut harga sebelum ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin mengesahkan tindakan berkenaan dan memaklumkan siasatan kini sedang dipergiatkan.

Artikel lain: SPRM Sita Aset Bernilai RM11.4 Juta! 75 Akaun Syarikat Dibekukan

Menurutnya, setakat ini SPRM telah merakam percakapan tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, SPRM menahan seorang pengarah syarikat serta seorang pegawai kanan TLDM kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah dengan mengesyorkan dan melantik syarikat kroni bagi mendapatkan kerja sebut harga di lokasi pegawai berkenaan bertugas.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd