Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Rumah Mampu Milik Pada Kadar RM300,000

Kerajaan meningkatkan langkah kawalan harga rumah menerusi tiga inisiatif utama dalam usaha untuk memastikan rakyat terus mempunyai akses kepada kediaman yang mampu dimiliki.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata antara langkah tersebut ialah penetapan harga siling rumah mampu milik pada kadar RM300,000 di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

Selain itu, beliau berkata kementerian turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik bagi memastikan harga ditetapkan selaras dengan kemampuan rakyat setempat.

Harga siling rumah mampu milik

Harga siling rumah mampu milik

“(Kerajaan) melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.
“Pemetaan ini menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai langkah kerajaan dalam mengawal kenaikan mendadak harga rumah pada ketika ini yang membebankan pembeli rumah pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aiman Athirah berkata kementerian turut memperketat pemantauan pemajuan perumahan menerusi pelaksanaan Sistem Pengurusan Perumahan Bersepadu (HIMS) yang memproses sepenuhnya permohonan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan secara dalam talian.

Artikel lain: Had Umur 16 Tahun Guna Media Sosial Dijangka Dikuatkuasa Julai Ini – Teo

Beliau berkata sistem itu menjadi mekanisme utama pengumpulan data perumahan untuk tujuan pengurusan, pemantauan dan pelaporan, selain membolehkan intervensi awal dilaksanakan terhadap projek yang lewat atau berisiko.

Selain itu, beliau berkata menurut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga rumah di Malaysia menunjukkan trend peningkatan apabila Indeks Harga Rumah Malaysia bagi separuh pertama 2025 mencatatkan 227.3 mata dengan harga purata RM490,376 seunit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, kerajaan turut memperkukuh usaha membantu pembeli rumah pertama memiliki kediaman sendiri menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000, khususnya kepada golongan B40 dan M40 termasuk individu berpendapatan tidak tetap.

Beliau berkata SJKP juga menawarkan pinjaman perumahan sehingga 120 peratus kepada pembeli rumah pertama, selain menyediakan skim step-up financing yang membolehkan kadar faedah meningkat secara berperingkat mengikut keupayaan peningkatan pendapatan peminjam.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Lokal

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang laungan azan, menghalang pelaksanaan solat Jumaat atau mengarahkan...

Dunia

Seorang anggota pasukan pengaman Indonesia yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd