Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

CAP Saran Penganut Hindu Pecah Sebiji Kelapa Sahaja Sempena Thaipusam

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Malaysia Hindu Sangam Pulau Pinang menyarankan penganut Hindu supaya mengurangkan amalan memecahkan kelapa dalam kuantiti berlebihan sempena sambutan Thaipusam tahun ini berikutan kekurangan bekalan kelapa di pasaran.

penganut hindu

Sekadar gambar hiasan

Penganut Hindu disaran pecah sebiji kelapa sahaja

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow menyatakan gesaan itu bukan bertujuan menghalang amalan keagamaan, sebaliknya mengajak penganut agar mengehadkan bilangan kelapa yang dipecahkan serta menyalurkan lebihan wang kepada golongan memerlukan.

“Kami tidak mengatakan supaya penganut tidak memecahkan kelapa tetapi mengurangkan bilangannya dan mendermakan baki wang itu kepada keluarga yang menghadapi masalah kewangan, rumah jagaan orang tua atau rumah jagaan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.

Penganut Hindu boleh bantu penjimatan kelapa

Menurut beliau, sekiranya setiap penganut yang menyambut Thaipusam pada 1 Februari ini hanya memecahkan sebiji kelapa seorang, penjimatan tersebut mampu memberi manfaat kepada ribuan individu khususnya dalam kalangan masyarakat India berpendapatan rendah atau kumpulan B40.

“Penggunaan kelapa secara berlebihan boleh menyebabkan harga meningkat dan berisiko mengakibatkan kekurangan bekalan di pasaran.
“Hasil tinjauan yang dilakukan sempena Thaipusam 2026, para peniaga mengesahkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahun ini,” ujarnya lagi.

Beliau memaklumkan pihaknya turut menghubungi pengusaha ladang kelapa di Bagan Datuk, Perak yang memaklumkan hasil kelapa tahun ini lebih rendah berbanding tahun sebelumnya akibat faktor cuaca ekstrem dan perubahan iklim.

Mengulas lanjut, Subbarow menjelaskan memecahkan kelapa merupakan ritual suci dalam agama Hindu yang melambangkan penyerahan ego di hadapan Tuhan dan perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan serta pengabdian.

“Kelapa yang dipecahkan sepatutnya dikumpulkan untuk dimakan atau digunakan dalam masakan selaras dengan ajaran Hindu yang menekankan larangan pembaziran makanan.
“Dalam tradisi Hindu, makanan yang dipersembahkan kepada Tuhan dianggap sebagai prasadam dan tidak boleh dibuang,” katanya.

Sekadar gambar hiasan

Artikel lain: Pekerja Swasta Di Wilayah Persekutuan Dapat Cuti Berganda Sempena Hari Kelepasan Am

Walau bagaimanapun, beliau melahirkan kebimbangan terhadap salah faham segelintir penganut yang menganggap memecahkan lebih banyak kelapa akan membawa lebih banyak tuah, sehingga menyebabkan ribuan kelapa dibuang atau dibakar setiap tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Akibatnya beribu-ribu kelapa dipecahkan setiap tahun dan dibuang ke tapak pelupusan sampah atau dibakar sekali gus menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
“Perbuatan ini bukan sahaja tidak bersifat keagamaan malah tidak praktikal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penganut Hindu agar menghayati makna sebenar amalan tersebut dan melaksanakannya secara sederhana, berhemah serta mengikut ajaran agama, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd