Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Isteri Sahkan Penceraian Dengan Haqiem Stopa – “Doakan Terbaik Untuk Saya Dan Anak”

Isteri kepada personaliti media sosial, Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofia mengesahkan penceraian dengan lelaki tersebut menerusi prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Rawang hari ini.

Menerusi hantaran di platform Threads, wanita berusia 21 tahun itu menegaskan bahawa tiada apa-apa isu peribadi lain yang ingin dikongsikan namun memaklumkan Haqiem tetap memainkan peranan penting sebagai bapa kepada anak mereka, Hud.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Saya telah berpisah dengan si dia pada hari ini.
“Saya tiada apa-apa ingin disampaikan, hanya berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dan Hud.
“Apa apa pun, dia tetap ayah kepada Hud. Perbaiki diri, teruskan melangkah kedepan demi masa depan anak,” tulisnya.

Sebelum ini, pergolakan rumah tangga pasangan tersebut meraih perhatian netizen apabila saling mengeluarkan kenyataan di media sosial bagi mempertahankan diri masing-masing.

Difahamkan, Aireena mendakwa Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar berlaku curang terhadapnya selain ditinggalkan ketika dalam tempoh berpantang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia lima bulan.

Sumber: Threads Aireena Sofia

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd