Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Maut Kemalangan, Suami Rayu Pulangkan iPhone Arwah! “Simpan 1,001 Kenangan”

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE), awal pagi 1 Februari lalu.

Suami rayu pulangkan iPhone arwah

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu meragut nyawa Nor Suhaila, 24, sekali gus meninggalkan kesan mendalam buat keluarga dan rakan-rakan.

Dalam satu rayuan yang tular di media sosial, suami mangsa memohon bantuan orang ramai agar memulangkan telefon bimbit milik arwah, jenis iPhone 11 Pro Max berwarna keemasan serta barangan peribadi lain yang mungkin terambil atau ditemui di lokasi kejadian.

Suami rayu pulangkan iPhone

Menurutnya, telefon berkenaan menyimpan pelbagai memori dan kenangan bersama arwah yang amat berharga untuk keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan hati yang berat, saya merayu sekiranya ada sesiapa yang terambil atau terjumpa telefon bimbit jenis iPhone 11 Pro Max Gold serta barang-barang arwah, mohon hubungi kami dan pulangkan.
“Telefon tersebut amat penting kerana menyimpan 1,001 kenangan arwah buat keluarga kami,” luahnya menerusi satu hantaran di akaun Facebook VIRAL PERAK.

Selain itu, suami mangsa turut memohon rakaman kamera papan pemuka dari pengguna jalan raya sekitar waktu kejadian bagi membantu mendapatkan gambaran lengkap tentang insiden terbabit.

Artikel lain: Polis Cari Saksi Kemalangan Maut Babit Pengantin Baharu

Suami rayu pulangkan iPhone

Sementara itu, sepupu arwah dikenali sebagai @uvrynn.__ di aplikasi Threads juga menghebahkan mengenai rayuan berkenaan selain berharap individu yang ‘terambil’ telefon mangsa supaya terbuka hati untuk memulangkannya semula.

“Saya sepupu arwah yang paling terdekat. Sesiapa terambil telefon hak milik arwah pulangkan balik, ada banyak kenangan dengan suami anak dan juga maklumat penting peribadi.
“Mohon kalau sesiapa ternampak atau terambil, mesej saya. Saya harap Allah detikkan hatinya untuk pulangkan balik,” luah gadis itu.

Sumber: Facebook VIRAL PERAK

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Sosial

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd