Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Diterjah Isteri Sah, Nafi Ada Hubungan Dengan Suami Orang – “B Tu Untuk Brader La”

Satu video TikTok menjadi tular apabila menunjukkan detik genting seorang isteri sah bertemu dengan suami dan seorang wanita yang dikatakan penyondol. Video berdurasi lebih seminit itu dimuat naik oleh akaun @sxdfraud dan menarik perhatian ramai warganet.

Dalam video berkenaan, kelihatan tiga orang berada di kawasan parkir terdapat seorang lelaki, seorang wanita berpakaian serba hitam yang didakwa sebagai penyondol, dan seorang wanita berbaju jaket merah jambu yang merupakan isteri sah.

Lelaki tersebut dipercayai berlaku curang dengan wanita berpakaian hitam itu.

wanita

Detik tegang bermula apabila si isteri cuba mendapatkan kepastian daripada suaminya, tetapi soalan yang diajukan berulang kali mengenai siapa wanita di sisi suaminya tidak dijawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isteri Tak Sangka Dicurangi Suami, Dakwa Pernah Tidur Sekatil Dengan Penyondol

Sebaliknya, lelaki itu membalas dengan kemarahan, malah menolak isterinya ke arah kereta sehingga terjatuh.

Wanita berpakaian hitam pula menafikan sebarang hubungan istimewa dengan lelaki itu.

wanita

“Dia bukan suami saya dan saya bukan isteri dia. Memang saya panggil dia ‘b’, tapi tahu tak ‘b’ tu apa? ‘B’ tu brader,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, si isteri yang menggunakan akaun @sisranggie mengakui hatinya hancur apabila melihat suaminya bersama perempuan lain, yang selama ini disorokkan daripadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya yang baju pink itu masih isteri si b. Nampak salah saya sebab tiba-tiba terjah. Hati isteri mana tak hancur bila dapat tahu suaminya bersama perempuan yang disorokkan, yang tak pernah diberitahu.
“Bukan ke sana nak buat kecoh, cuma inginkan penjelasan siapa perempuan tu,” jelasnya.

wanita

Akhirnya, si isteri menegaskan dia sanggup berundur jika itu benar pilihan suaminya.

“Andai itu pilihan hati b, saya sanggup undurkan diri. Tidak perlu saya merebut andai itu bukan jodoh untuk saya.” tulisnya.

Sumber: TikTok @sxdfraud

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd