Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Tak Sangka Dicurangi Suami, Dakwa Pernah Tidur Sekatil Dengan Penyondol

Isteri Tak Sangka Dicurangi Suami

Seorang wanita tidak menyangka suami yang pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh orang anak mereka sendiri tergamak berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Dalam perkongsian panjang di media sosial, wanita berkenaan menceritakan detik pahit rumah tangganya apabila suami bukan sahaja menipu, malah menjalin hubungan dengan seorang janda berusia 23 tahun sehingga hamil.

Menurut wanita itu, dia pernah cuba menyelamatkan rumah tangga berkenaan dan sanggup menerima poligami demi anak-anak.

Namun, dia tidak menyangka sanggup berkongsi katil dengan wanita yang menjadi skandal suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Aku sampai bawa perempuan tu tidur sekatil dengan aku sebab rumah cuma dua bilik.
“Aku tolong dia pergi check up sebab dia mengandung, siap cakap kat doktor itu madu aku,” dedahnya.

Namun, keikhlasan itu dibalas pengkhianatan apabila suaminya membuat pengakuan sudah lama menjalinkan hubungan sulit sejak dia berpantang.

“Balik dari mahkamah, aku diceraikan. Aku dipukul, dicekik, dibaling, ditendang. Selama hidup dengannya, aku tak pernah cerita pada sesiapa dia kaki pukul,” katanya lagi.

Artikel lain: Cemburu Isteri Curang, Lelaki Tikam Rakan Serumah Sebelum Gantung Diri

Isteri Tak Sangka Dicurangi Suami

Wanita itu mendakwa, selepas perceraian, bekas suaminya hanya memberi nafkah anak-anak sebanyak RM700 sebulan tetapi menyalurkan RM1,000 kepada wanita lain.

“Aku tak rugi hilang jantan sampah. Kau kutip sampah aku, kau pun akan dapat bahagian kau nanti,” ujarnya.

Jelas wanita itu, keputusannya mengambil hak penjagaan semua anak kerana tidak sanggup melihat mereka diabaikan ketika berada bersama bapa.

“Dia tinggalkan lima anak di rumah, anak sulung umur 10 tahun urus adik-adik, gosok baju, cuci semua.
“Malam-malam dia keluar main badminton, pergi snooker,” katanya.

Kini, wanita itu memilih untuk bangkit dan membesarkan anak-anak sendiri dengan penuh kekuatan serta rasa syukur atas pertolongan jiran dan masyarakat sekeliling.

“Jangan jadi macam aku. Uruskan segalanya sampai dia lupa tanggungjawab. Allah tu Maha Baik, bila Dia ambil sesuatu, Dia ganti dengan ketenangan dan kekuatan yang tak ternilai,” luahnya menerusi hantaran di Facebook.

Sumber: FB Mie Farah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd