Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Ditahan Tikam Leher Ibu Dengan Pembuka Tin

Polis menahan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun selepas didakwa tikam leher ibu di Kampung Segineh Inas, Johol di Kuala Pilah malam tadi.

Tikam leher ibu dengan pembuka tin

Tikam leher ibu

Foto: Ihsan polis

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhammad Mustafah Hussin berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan senjata tajam iaitu alat pembuka tin.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam pada 7.08 malam berhubung satu pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah di kampung berkenaan.
“Mangsa yang berusia dalam lingkungan 80-an kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih di bawah pemantauan pihak hospital,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Kes Tikam Nenek: “Abang Alami Gangguan, Kadang Cakap Seorang Diri” – Adik Suspek

Tikam leher ibu

Foto hiasan: Bernama

Beliau berkata suspek mungkin mempunyai masalah kesihatan mental namun motif kejadian masih dijalankan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menerusi talian 06-4842 999.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd