Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Disyaki Terlibat Kes Simbah Asid Pengusaha Spa Ditahan Polis

Seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian simbahan asid terhadap seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lalu telah ditahan polis malam Rabu.

Menurut laporan Berita Harian, suspek ditahan sekitar jam 10 malam di Kuala Krai dan akan dibawa ke Mahkamah Bachok pagi ini untuk permohonan perintah tahanan reman.

Foto: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, mengesahkan penahanan tersebut ketika dihubungi, namun enggan mengulas lanjut dan beliau memaklumkan bahawa kenyataan rasmi berhubung perkembangan kes akan dibuat oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Dalam kejadian tersebut, mangsa Nor Faziera Muda, 27, yang juga pemilik spa dan salun mengalami kecederaan parah selepas disimbah asid oleh tiga individu berpakaian purdah.

Difahamkan, suspek menyamar sebagai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat urut dan membuat janji temu bagi sesi selama tiga jam pada 8.30 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika mangsa membuka pintu premisnya, dia telah diserang dan disimbah cecair dipercayai asid yang diletakkan dalam termos.

Foto: Berita Harian

Suspek kemudian melarikan diri, serta kejadian tersebut turut disaksikan oleh anak perempuan mangsa yang berusia tujuh tahun.

Nor Faziera dilaporkan menjalani pembedahan selama enam jam akibat kecederaan yang dialaminya.

Sebelum ini, Mohamad Ismail memaklumkan bahawa pihak polis telah mengenal pasti tiga suspek, termasuk dua wanita yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya telah menemui petunjuk baharu dan percaya kesemua suspek masih berada di sekitar negeri Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd