Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cederakan Tujuh Mangsa, Wanita Warga China Diperintah Jalani Pemeriksaan Psikiatri

Seorang wanita warga China yang tular selepas mengamuk sambil memegang pisau hingga mencederakan tujuh individu, diperintahkan Mahkamah Sesyen dan Majistret di Kajang hari ini untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Menurut laporan Sinar Harian, perintah itu dikeluarkan Hakim Normastura Ayub dan Majistret Fatin Dayana Jalil selepas pihak pendakwaan memohon pemeriksaan tersebut berikutan keadaan tertuduh, Liu Ting, 24, yang kelihatan keliru serta tidak memahami lapan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin.

WANITA

Foto: Sinar Harian

Sepanjang prosiding, Liu yang juga pelajar jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua di sebuah universiti awam, hanya berdiam diri dan kelihatan terpinga-pinga walaupun pertuduhan dibacakan berulang kali.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang lagi berumur 21 tahun, serta satu pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 35 tahun.

Artikel lain: Tertekan Hidup Di Malaysia Punca Pelajar IPT Mengamuk Di Kajang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Besar dan Jalan Semenyih, Persimpangan Metropoint, antara jam 11.39 pagi hingga 12 tengah hari, 13 Ogos lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, atau penjara maksimum 20 tahun jika menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Liu turut dituduh menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang wanita berusia 60 tahun dengan menetak lengan kanannya serta seorang lelaki berusia 27 tahun dengan menikam perutnya menggunakan pisau. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat.

WANITA

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh berdepan tiga lagi pertuduhan kerana mencederakan seorang wanita berumur 53 tahun serta dua lelaki masing-masing berusia 21 dan 49 tahun dengan menggunakan senjata sama di lokasi dan tarikh serupa.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, bagi tiga pertuduhan itu, tertuduh hanya difahamkan tetapi tidak membuat sebarang pengakuan.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Kehidupan Nur Faizah Khalid, 34, atau lebih dikenali sebagai Kakak Naga, berubah 360 darjah sejak namanya meledak di TikTok. Fenomena ini khususnya mendapat sambutan...

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Lokal

Seorang wanita warga asing berusia 24 tahun diberkas polis selepas disyaki memandu secara berbahaya, melanggar tiga penunggang motosikal dan kemudian menyerang orang awam dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd