Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Cetus Drama Penerbangan Chongqing Datang Malaysia! Tayang Duit & Naik Limosin

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif berkongsi video sepanjang kunjungannya di platform Douyin.

Menurut pengguna media sosial, pada 25 April kira-kira jam 9 malam, wanita tersebut dilihat membuat siaran langsung di Menara Berkembar Petronas.

Dalam rakaman itu, dia tidak mengeluarkan sebarang kata-kata, sebaliknya hanya mengangkat tangan menunjukkan isyarat “V”.

Video tersebut pantas menarik perhatian ramai apabila warganet mengenalinya sebagai individu yang terlibat dalam insiden penerbangan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu kemudiannya memuat naik beberapa lagi video yang memaparkan aktivitinya di Kuala Lumpur, termasuk rakaman sejumlah wang tunai Malaysia, menikmati hidangan di restoran serta menaiki limosin.

Perkongsian tersebut kemudiannya tersebar meluas di pelbagai platform media sosial.

Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai penumpang yang terlibat dalam insiden Penerbangan AirAsia D7809 pada 22 April lalu, yang dilaporkan mengalami kelewatan kira-kira dua jam.

Menurut perkongsian penumpang lain, situasi menjadi tegang selepas rakan-rakannya tidak dibenarkan menaiki pesawat, menyebabkan dia kelihatan berang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: “Kenapa Tak Cakap Mandarin?”- Penumpang China Amuk, Persoal Kru Kabin Berbahasa Inggeris!

Dia didakwa meninggikan suara terhadap kru kabin dan terus membuat panggilan telefon walaupun telah berada dalam pesawat.

Apabila didekati, wanita tersebut dilaporkan enggan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan hanya mahu bercakap dengan kru yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

Keadaan menjadi semakin tegang sebelum dia akhirnya dibawa keluar dari pesawat oleh pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X Byron_Wan

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd