Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rahsia 2 Tahun Terbongkar! Wanita Berstatus Isteri Orang Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih

Seorang wanita berstatus isteri orang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki di sebuah inap desa di Batu Pahat, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, JAINJ melakukan serbuan kira-kira jam 11.30 pagi hasil daripada maklumat awam dan berjaya mengesan wanita berusia 20-an bersama pasangannya, juga berusia 20-an, di lokasi terbabit.

Menurut JAINJ, kedua-duanya datang ke inap desa berasingan menggunakan kereta masing-masing sebelum mendaftar masuk dengan berpura-pura sebagai pasangan suami isteri.

Wanita berstatus isteri orang

Wanita berstatus isteri orang

“Selepas penguat kuasa mengetuk pintu lebih 10 minit, barulah ia dibuka. Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, lelaki itu cuba melarikan diri namun gagal.
“Mereka berdua tinggal dan bekerja di daerah ini. Lelaki itu tinggal bersama ibu bapa, manakala wanita tinggal bersama suami dan anak-anak.
“Lelaki itu empat tahun lebih muda daripadanya dan ketika serbuan, dia enggan memberi kerjasama untuk dibawa ke balai dengan menaiki van polis,” katanya.

Artikel lain: Pelajar Tingkatan 4 Dicekup Khalwat Bersama Teman Lelaki Berusia 20 Tahun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita berstatus isteri orang

Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya akur dengan arahan selain mengaku telah melakukan kesilapan besar menjalinkan hubungan istimewa bersama isteri orang.

Hasil siasatan mendapati mereka menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu namun wanita itu merahsiakannya daripada pengetahuan suami.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dengan denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

“Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki.” Demikian detik paling memilukan yang...

Lokal

Tenaga Nasional Berhad tampil menjelaskan isu tular melibatkan sebuah keluarga di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut yang didakwa hidup hampir 13 tahun tanpa...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd