Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Alami Komplikasi Selepas Pasang IUCD, Jawatankuasa Siasatan Ditubuhkan

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil tindakan segera susulan dakwaan berhubung isu seorang wanita mendakwa mengalami komplikasi selepas pemasangan alat pencegahan kehamilan (IUCD) di Klinik Kesihatan Pekan Nanas, Pontian pada 19 Disember.

Bagi meneliti perkara ini secara menyeluruh, JKNJ telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan yang akan menilai setiap aspek berkaitan prosedur dan memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Alami komplikasi selepas pasang IUCD

pasang IUCD

Foto: Kosmo! Online

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mokhtar Pungut@Ahmad berkata, aduan rasmi mengenai insiden ini telah diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 23 Disember 2025.

“Hasil siasatan mendapati pesakit telah menjalani prosedur pemasangan IUCD oleh seorang Pegawai Perubatan pada 19 Disember 2025 di Klinik Kesihatan Pekan Nanas.
“Susulan daripada prosedur tersebut, pesakit telah dirujuk ke Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan dan pemantauan lanjut selepas mengalami komplikasi,” katanya hari ini.

Sementara itu, Mokhtar berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa semua perkhidmatan kesihatan perlu dijalankan mengikut standard dan garis panduan yang ditetapkan.

“KKM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketidakpatuhan atau amalan yang menjejaskan keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan,” ujarnya.
pasang IUCD

Foto: Facebook Damia Asyiqin

pasang IUCD

Foto: Facebook Damia Asyiqin

Terdahulu, Nurul Damia Asyiqin Ayub, 27, dilaporkan terpaksa menanggung kesakitan selepas mendakwa berlaku kesilapan semasa pemasangan IUCD oleh pasukan perubatan.

“Sebenarnya saya baru habis tempoh berpantang selepas bersalin anak ketiga, namun bercadang untuk memasang IUCD bagi menjarakkan kehamilan atas saranan doktor berbanding penggunaan pil.
“Doktor memaklum saya tidak sesuai mengambil pil bagi tujuan tersebut tetapi lebih baik dengan kaedah pemasangan IUCD kerana jika pengunaan pil, susu badan saya akan kering.
“Semasa proses memasang IUCD, saya terdengar perbualan antara doktor perubatan dan jururawat bertugas, mereka berkata berlaku kesilapan sebab sepatutnya IUCD dipasang hanya antara lapan hingga sembilan sentimeter (cm) namun mereka telah pasang IUCD sepanjang 11cm,” katanya berdasarkan laporan Kosmo! Online.
pasang IUCD

Foto: Facebook Damia Asyiqin

Imbasan X-ray dan pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan berlaku kesilapan semasa pemasangan termasuk kerosakan pada apendiks, usus besar dan kecil serta kebocoran rahim.

Artikel lanjut: Jarak Anak Dekat-Dekat, Wanita Hamil Dakwa Telinga Dipulas Doktor Di Klinik Kesihatan

Advertisement. Scroll to continue reading.
pasang IUCD

Foto: Facebook Damia Asyiqin

Akibatnya, dia tidak boleh bersalin normal pada masa hadapan dan memerlukan pembedahan untuk kelahiran bayi.

Difahamkan, Nurul Damia telah membuat laporan polis, aduan melalui SISPAA dan melantik peguam untuk membawa kes kecuaian ini ke mahkamah.

Sumber: Facebook JKNJ

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd