Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita 29 Tahun Dicekup Berkhalwat Dengan Rakan Baik Suami Usia 61 Tahun

Seorang wanita berusia 29 tahun dicekup berkhalwat dengan rakan suaminya sendiri di dalam sebuah rumah di Semabok pagi tadi.

Memetik laporan dari Harian Metro, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat memaklumkan yang wanita dan juga ibu dua anak itu ditahan kira-kira jam 1.05 pagi bersama pasangannya berusia 61 tahun.

Suami tiada, pergi kerja shif malam

Menerusi siasatan yang dibuat, wanita terbabit mengaku bahawa suaminya yang berusia 38 tahun tiada dirumah kerana bekerja shif malam sebagai seorang pengawal keselamatan.

Wanita itu mengaku hanya dia bersama dua anak berusia tiga tahun dan tiga bulan berada di dalam rumah bersama rakan sekerja suaminya itu.
“Lelaki itu pula mendakwa sudah enam bulan menetap di situ berikutan baru mendapat kerja di syarikat kawalan keselamatan bersama suami wanita terbabit,” katanya.

Susulan dari Ops Gelenyar yang dibuat bersama lima agensi kerajaan itu, pasangan warga tempatan berkenaan telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman hingga mendatangkan syak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, operasi tersebut turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman, anggota Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd