Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Wan Saiful Mengaku Tak Bersalah, Nafi Minta & Terima Rasuah RM6.9 juta

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Memetik Berita Harian, dua pertuduhan ke atas Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan BERSATU dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek ‘Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur’ daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000.

Selain itu, beliau juga dituduh menerima suapan bagi dirinya iaitu sejumlah wang bernilai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, penerimaan wang tersebut adalah sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.

Wan Saiful yang juga bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, sekitar April 2022.

Seterusnya, ia juga berlaku di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Wan Saiful diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agong PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin bagi memberi sokongan kepadanya di mahkamah.

Sumber: Berita Harian ( Safeek Affendy Razali dan Faris Fuad), Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd