Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Wan Saiful Didakwa Atas 18 Pertuduhan Babit Pengubahan Wang Haram

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini atas 18 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram hampir RM6 juta, tahun lalu.

Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Tidak bersalah, mohon dibicarakan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli parlimen berusia 48 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Beliau dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta yang membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu namun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo Online

Berdasarkan pertuduhaan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan kepada syarikat Nepturis Sdn Bhd untuk mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur.

Lian mendapatkan projek itu daripada Kerajaan Malaysia secara pra kelayakan berniali RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana pada April tahun lalu.

Beliau juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad syarikatnya, WSA Advisoray Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suapan tersebut merupakan upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku di Kuala Lumpur antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sejak beberapa tahun lalu, nama Mawla Amin yang dikatakan ulama besar dari Maghribi telah menjadi bualan di media sosial apabila mengunjungi Malaysia serta mendapat...

Filem

Datuk Sarimah Ahmad, 82, rayu kepada penerbit terkenal untuk kembalikan semula pita asal empat filem hasil karyanya yang diambil sejak 36 tahun lalu sebelum...

Lokal

Seorang penjawat awam maut jatuh tingkat 21 di sebuah kondominum di Kuala Lumpur dipercayai pernah  menerima Anugerah Khidmat Cemerlang sepanjang perkhidmatannya. Kredit foto: Facebook...

Filem

Penulis Zabidi Mohamed mendakwa filem La Luna ada unsur penghinaan Islam selepas kini ditayangkan di platform Netflix. Filem La Luna Ada Unsur Penghinaan Islam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.