Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Wan Fahysal Anggap Kerajaan Buat Lawak Umum Turunkan Harga Telur

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menganggap pengumuman penurunan harga telur ayam sebanyak tiga sen yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai perkara lawak.

Menerusi hantaran sinis yang dimuat naik oleh Fayhsal di laman Facebooknya, dia berkata hebahan berita tersebut sepatutnya dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu.

Foto: Free Malaysia Today

“Inikah pengumuman yang Fahmi Fadzil beria-ria nak suruh kita tunggu daripada YAB Perdana Menteri ke-10 kita itu?
“Takkan ini tahap pengumuman Perdana Menteri?  Bang Mat Sabu pun cukup kot.
“Kerajaan ini kuat berlawak. Rosak punah makna Madani,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa kerana beliau menjangkakan Anwar bakal mengumumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas Perdana Menteri kelapan itu tidak melihat sebarang kenyataan mengenai pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi.

Bagaimanapun, harapannya meleset memandangkan penurunan harga telur hanya melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja.

Foto: Gambar Hiasan

Sumber: Facebook Wan Ahmad Fayhsal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd