Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Wan Arif-Roy King Buka Dengan Langkah Kanan Kejohanan Badminton Dunia

Pasukan beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King membuka gelanggang dengan langkah kanan setelah mengesahkan tempat ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Dunia di Adidas Arena, Paris.

Langkah kanan kejohanan badminton dunia

wan arif Langkah kanan kejohanan badminton dunia

Foto: Kosmo

Memetik laporan Berita Harian, biarpun baru sahaja merangkul kejayaan gelaran Terbuka Macau pada awal bulan ini, beregu ranking ke-22 dunia ini hanya memerlukan masa 27 minit untuk menewaskan gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura yang berada di ranking ke-34 dunia dengan 21-5, 21-13 dalam aksi pusingan pertama.

Difahamkan, pertemuan itu merupakan yang pertama buat kedua-dua beregu namun jelas menunjukkan wakil negara menujukkan permainan yang lebih bertenaga dan konsistem dari awal hingga ke akhir.

Sehubungan itu, Wan Arif-Roy King dijadualkan akan menentang gandingan Thailand yang juga beregu ranking ke-12 dunia, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh di pusingan kedua.

Artikel lain: Pemain Beregu Badminton Kebangsaan Terus Buru Ranking Nombor 1 Dunia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, pasangan Thailand berkenaan mara secara automatik selepas menerima bye pada pusingan pertama.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd