Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Wan Ahmad Fayhsal Duduk Di Bangku Pemerhati, Nafi Dihalau Keluar Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tetap hadir mengikuti Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 walaupun digantung dari menghadiri sidang.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menafikan dakwaan beliau dihalau oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau belum menerima apa-apa notis atau surat rasmi mengenai larangan bagi menghadiri sidang selain menyatakan bahawa dirinya duduk di bangku pemerhati dalam Dewan Rakyat.

Facebook: Wan Ahmad Fayhsal 

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Fitnah yang dijaja hari ini dari Parlimen kononnya saya dihalau oleh Speaker, tidak benar.
“Saya belum terima apa-apa notis atau surat rasmi yang melarang saya hadir dan duduk di bahagian pemerhati Dewan Rakyat bersama pegawai ahli Parlimen dan rakyat yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: Wan Ahmad Fayhsal 

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 18 Julai lalu susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Keputusan itu diumumkan Johari selepas usul berkenaan mendapat sokongan majoriti dalam undi belah bahagi, dengan 110 ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Foto: Wan Ahmad Fayhsal 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal berkata, kehadirannya pada sidang Dewan Rakyat bagi membantu pembangkang dalam perbahasan.

“Kehadiran saya walaupun di bangku ‘simpanan’ turut membantu blok ahli Parlimen pembangkang dalam penghujahan dan perbahasan,” ujarnya.

Sumber: Facebook Wan Ahmad Fayhsal

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Nasional

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP)...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd