Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tak Boleh Abaikan! Waris Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN Ditinggalkan Si Mati

Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab.

JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan hukumnya wajib.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Muzakarah ke-122 pada Oktober 2023, mengambil kira pandangan syarak dan pemegang taruh berkaitan.

Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Dr Nooh Gadut, mengesahkan perkara itu kepada Berita Harian, sambil menegaskan tunggakan cukai pendapatan si mati dikategorikan sebagai hutang yang perlu diselesaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Muzakarah berpandangan bahawa tunggakan cukai pendapatan si mati adalah menjadi hutang yang wajib diselesaikan oleh waris dengan menggunakan harta si mati sahaja,” katanya.

Isu ini sebelum ini dilaporkan pada Mei 2023 susulan penegasan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa waris atau wakil sah bertanggungjawab mengurus dan melunaskan tunggakan cukai pendapatan pembayar cukai yang telah meninggal dunia.

Berdasarkan Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), sebarang tunggakan cukai tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun pembayar cukai disahkan meninggal dunia, sebaliknya tertakluk kepada prosedur pentadbiran harta pusaka yang ditetapkan.

Polemik timbul apabila terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan mufti ketika itu, khususnya berkaitan kedudukan cukai dari sudut syarak, sama ada ia termasuk dalam kategori hutang yang wajib diselesaikan sebelum pembahagian faraid.

Artikel lain: Dapat Hadiah & Barangan Percuma? Pempengaruh Media Sosial Perlu Isytihar Semua Pendapatan – LHDN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan perbezaan tersebut, Muzakarah MKI menjalankan kajian hukum secara mendalam dan akhirnya memutuskan bahawa tunggakan cukai pendapatan si mati wajib dilunaskan daripada harta peninggalan sebelum sebarang pembahagian dibuat kepada waris.

Keputusan itu sekali gus memberikan garis panduan jelas kepada umat Islam di negara ini, selain memperkukuh kefahaman bahawa penyelesaian hutang si mati perlu diberi keutamaan demi menjaga tanggungjawab terhadap hak individu dan negara.

Sumber: Harian Metro (Farah Marshita Abdul Patah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd