Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wajah Macam Bersolek! Bayi Baru Lahir Jadi Tumpuan – “Dah Besar Nanti Mesti Cantik”

Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di Turkmenistan sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Video dimuat naik oleh doktor di laman TikToknya, @el_doktorius menunjukkan pertemuan si ibu yang baru melahirkan dengan anaknya.

@el_doktorius

#uzmdraygunaltun 💖💖💖

♬ orijinal ses – Aygün Hamidova

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, wajah bayi itu kelihatan unik seolah-olah seperti mengenakan solekan dengan memakai gincu dan pembayang mata berwarna merah selain mempunyai kulit yang putih.

Susulan tular video tersebut, ramai warga maya meninggalkan pujian dan menyatakan bahawa bayi itu pasti akan memiliki kecantikan tersendiri apabila dewasa nanti.

Cantik!

Selain daripada dipuji cantik, ramai juga yang mengatakan bayi itu mempunyai wajah seperti orang dewasa dan matang.

Nampak matang!

Doktor tersebut, Aygun Hamidova juga ada memuat naik video di akaun Instagramnya dan berseloroh mengatakan bayi itu sempat mengenakan solekan sebelum lahir ke dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak kisah bagaimanapun rupa cahaya mata, seorang ibu pasti akan gembira melihat zuriat akhirnya selamat dilahirkan dan berada dalam dakapan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @el_doktorius

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 yang bermula esok hingga 24 Mei di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd