Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Vivy Yusof Dan Suami Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Salah Guna Dana Khazanah Dan PNB RM8 Juta

Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Menurut laporan Buletin TV3, Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof, 37, dan suaminya Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara bersama.

Dakwaan salah guna dana Khazanah dan PNB

Pengasas FashioValet

Foto: Berita Harian

Pasangan itu didakwa bersama-sama dengan niat tidak jujur menggunakan dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara, Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua mereka berdepan tuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, denda serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pengasas FashioValet

Artikel lain: SPRM Beku Akaun Peribadi, Syarikat Pemilik FashionValet Bernilai Hampir RM1.1 Juta

Terdahulu, Vivy dan Fadzaruddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, pada 5 Disember tahun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang mana membawa hukuman penjara minimum dua tahun sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Vivy dan suami diminta membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang selain menyerah pasport dan lapor diri sebulan sekali di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Politik

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan Perikatan Nasional (PN) tidak menghadapi masalah untuk mencari calon perdana menteri dari kalangan...

Sukan

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). Foto:...

Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd