Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kualiti Dipertikai, Lebih 100 Pingat Olimpik Paris 2024 Dikembalikan

Lebih 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024 terpaksa dikembalikan semula akibat kerosakan yang berlaku pada permukaannya sehingga membuatkan medal itu kelihatan lusuh walaupun baru beberapa bulan sukan berprestij ini berlalu.

Memetik laporan France 24, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagaimanapun telah mengesahkan pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh perbadanan percetakkan wang Perancis, Monnaie de Paris dan diukir dengan cara yang sama seperti pingat asal.

Lebih 100 pingat Olimpik Paris 2024 dikembalikan

Lebih 100 Pingat Olimpik Paris 2024 Dikembalikan

“Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 sedang bekerjasama rapat dengan Monnaie de Paris yang bertanggungjawab terhadap pembuatan dan kawalan kualiti pingat untuk menilai sebarang aduan tentang pingat dan memahami keadaan serta punca kerosakan berlaku,” kata IOC.

Dalam pada itu, IOC turut memaklumkan bahawa proses penggantian pingat yang rosak dijangka akan bermula dalam minggu-minggu yang akan datang.

Sementara itu, jurucakap Monnaie de Paris menolak penggunaan istilah ‘rosak’ dan menyatakan bahawa pingat yang dilaporkan oleh atlet sebagai ‘terjejas’ sejak bulan Ogos telah pun digantikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami telah menggantikan semua pingat yang terjejas sejak Ogos dan akan terus melakukannya dengan cara yang profesional seperti sebelumnya,” ujar jurucakap itu.

Lebih 100 Pingat Olimpik Paris 2024 Dikembalikan

Pada masa yang sama, jurucakap itu turut memaklumkan bahawa penggantian sedang dilaksanakan dan dibuat berdasarkan permintaan yang diterima.

Artikel lain: Raih Perak Dalam Olimpik Paris, Perenang Britain Bangga Membesar Di Malaysia

Terdahulu, pemain papan selaju dari Amerika Syarikat, Nyjah Huston telah memuat naik gambar pingatnya beberapa hari selepas memperoleh gangsa dalam perlawanan akhir yang kompetitif di ibu negara Perancis itu.

Namun begitu, bukan Huston sahaja yang menyedari kerosakkan pada pingatnya, namun ini termasuk pemain badminton Denmark iaitu Viktor Axelsen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih 100 Pingat Olimpik Paris 2024 Dikembalikan

Axelsen telah membandingkan keadaan pingat emas yang dia menangi di Paris 2024 dan keadaan pingat emas yang dimenanginga di Tokyo 2020, dengan pingat yang lebih lama kelihatan jauh lebih bersinar.

Sumber: France 24

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd