Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Anak Tun Mahathir Isytihar Harta Sebanyak RM1 Bilion Dan RM246.2 Juta – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua anak bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan harta mereka kepada agensi tersebut.

Memetik laporan Berita RTM, Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa nilai harta yang diisytiharkan Mokhzani Mahathir dan Mirzan Mahathir adalah masing-masing sebanyak RM1 bilion dan RM246.2 juta.

Dua anak Tun Mahathir isytihar harta bernilai RM1 bilion dan RM246 juta kepada SPRM

Dua Anak Tun Mahathir

Foto: Malaysiakini

“Mereka telah mematuhi permintaan saya dan juga pegawai penyiasat untuk mengesahkan harta yang dimiliki, termasuk pegangan aset, saham, dan sebagainya. Saya berpuas hati dengan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap kedua-duanya,” katanya pada Selasa.

Selain itu, Azam memaklumkan bahawa siasatan terhadap perkara tersebut dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh hal yang demikian, SPRM sedang meneruskan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan isterinya, Toh Puan Naimah Abdul Khalid.

Dua Anak Tun Mahathir

Foto: Carian Google

Tambahan pula, beliau memerihalkan terdapat petunjuk kewujudan aset di luar negara yang berkaitan kes berkenaan.

“Sekiranya terdapat kesalahan berkaitan siasatan, kami akan membuat permohonan untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Namun, usaha ini melibatkan kerangka perundangan berbeza di luar negara, yang menjadi cabaran dalam menyelesaikan siasatan dan memulihkan aset luar negara,” ujarnya.

Sementara itu menurut laporan Malaysiakini pula, Mirzan dan Mokhzani dilaporkan memohon kepada SPRM untuk melanjutkan tarikh akhir untuk kedua-dua mereka mengisytiharkan harta masing-masing selepas diberikan lanjutan sebelum ini, pada 24 Mei tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua Anak Tun Mahathir

Foto: The Borneo Post Online

Artikel lain: Tun Mahathir Dakwa Johor Yang Pertama Tandatangani Perjanjian Serah Negeri Kepada British

Sementara itu, Azam juga mengesahkan bahawa SPRM sedang mengenal pasti harta yang dimiliki keluarga Allahyaryam Daim dan keluarganya di luar negara.

“Berhubung siasatan (membabitkan) allahyarham Daim, isteri Naimah Khalid, ahli keluarga dan juga proksi-proksi, kita masih menjalankan siasatan terhadap harta-harta yang diisytiharkan kepada kita. Kita kena pastikan berapa jumlah seperti mana dakwaan yang kita terima.
“Kami juga masih lagi membuat penyiasatan dan pengesanan aset-aset mereka yang mana kalau berkaitan dengan ahli keluarga,” jelasnya.
Katanya, SPRM bekerjasama dengan beberapa pihak luar negara yang menunjukkan ada aset-aset di luar negara yang perlu disiasat.
“Sekiranya ada kesalahan, kita akan membuat permohonan untuk mendapatkan kembali wang berkenaan.
“Ini termasuk proksi-proksi yang mereka guna ada indikator menunjukkan wang-wang diletakkan di luar negara yang tertentu. Siasatan masih dijalankan,” jelasnya.

Sumber: Berita RTM, Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd