Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemuda PAS Sifatkan Vincent Tan Tiada Empati Terhadap Rakyat Di Negara Bergolak

Pemuda PAS meyifatkan pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Berjaya (Berhad), Tan Sri Vincent Tan tiada empati terhadap umat Islam di Gaza yang diserang hampir 500 hari oleh Israel.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata demikian susulan kenyataan dari Vincent Tan yang menggesa agar boikot terhadap jenama Starbucks ditamatkan berikutan pengumuman gencatan senjata yang berkuatkuasa pada Ahad.

Pemuda PAS sifatkan Vincent Tan tiada empati terhadap warga Gaza

 Vincent Tan Tiada Empati

“Pemuda PAS memandang serius akan kenyataan yang dikeluarkan Vincent Tan yang menyatakan bahawa tiada keperluan untuk memboikot Starbucks kerana Gaza sudah aman.
“Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa tiada langsung sifat empati terhadap umat Islam di Gaza yang dibantai oleh Israel selama hampir 500 hari sehingga menyebabkan lebih 46,899 warga Palestin di Semenanjung Gaza terkorban,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Afnan Hamimi berkata walaupun gencatan senjata sudah termeterai, namun tiada jaminan ia akan terlaksana dan kekal selama-lamanya berdasarkan rekod Israel yang sentiasa licik melanggar perjanjian.

Foto: The Edge Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tambahan pula, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu telah menyatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk melancarkan serangan terhadap Gaza selepas berakhirnya gencatan senjata.
“Oleh itu, kita perlu memahami bahawa solidariti boikot yang dilakukan ini bukan bersifat ‘one-off’, sebaliknya ia merupakan usaha berterusan dalam melumpuhkan mana-mana syarikat pro-Israel yang memberi keuntungan ekonomi kepada Israel untuk meneruskan jenayahnya,” tegasnya.

Artikel lain: Proses Hantar Pulang 127 Rakyat Palestin Sedang Dimuktamadkan – Adly Zahari

Susulan itu, Pemuda PAS sekali lagi menolak dengan tegas kenyataan tersebut disamping menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan boikot sebagai satu usaha untuk membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.

Vincent Tan tiada empati, mahu henti boikot – Pemuda PAS

Foto: The Sun

Sebelum ini, Vincent Tan berkata tiada keperluan untuk meneruskan boikot terhadap jenama Starbucks dan memberi bayangan bahawa jenama tersebut akan kembali mendapatkan tempat dalam kalangan masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Vincent juga, tindakan memboikot Starbucks hanya akan merugikan rakyat Malaysia.

Sumber: Facebook Afnan Hamimi Taib Azamudden

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd