Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Video Tular Suami Isteri Bertengkar, Polis Sahkan Tiada Unsur Fizikal

Polis mengesahkan rakaman video tular yang menunjukkan insiden di kawasan pencawang elektrik TNB di Jalan Prima Saujana 2/1A, di Kajang hanya melibatkan pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri tanpa sebarang unsur keganasan fizikal.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.28 petang Ahad.

Hasil siasatan mendapati tiada perlakuan fizikal berlaku dan pertengkaran tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

“Pasangan terbabit juga sudah tampil membuat laporan polis. Wanita berkenaan mengesahkan dia tidak dipukul dan menafikan dakwaan bahawa suaminya mencederakan dia.
“Kejadian disahkan sebagai pertengkaran mulut semata-mata dan tidak membabitkan sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita tidak benar,” ujarnya.

Terdahulu, tular dua rakaman video di platform Threads memaparkan seorang lelaki dan wanita saling bertengkar seolah-olah ‘berebut’ untuk menunggang motosikal sambil dirakam seorang individu.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd