Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Video Lempang Atlet Remaja Perempuan Tular, Jurulatih Bola Tampar Digantung Tugas

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang jurulatih bola tampar didakwa menampar peserta perempuan dari kalangan pelajar sekolah.

Suka hati saja tampar

Tindakan tersebut berlaku sewaktu Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun pada  16 Disember 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini salah!

Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah Menteri Belia Dan Sukan, YB Hannah Yeoh apabila menyelar tindakan kasar jurulatih dari pasukan negeri Melaka itu.

Menerusi ciapan beliau di Twitter, Hannah menyifatkan tindakan tersebut adalah satu kesalahan dan meminta agar Menteri Pendidikan juga mengambil perhatian berhubung hal berkenaan.

Sentuhan fizikal kepada sesiapa pun tetap salah

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan baik peserta lelaki ataupun perempuan, jurulatih tidak boleh sesuka hati melakukan sentuhan apatah lagi menampar mereka walaupun mereka melakukan kesilapan.

Jadi, beliau dengan tegas berharap agar semua rakyat Malaysia tidak menggunakan kekerasan fizikal dalam apa juga keadaan baik kepada kanak-kanak, atlet ataupun pekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurulatih digantung tugas

Susulan daripada itu, memetika dari laporan Utusan Malaysia, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dengan serta merta telah menggantung jurulatih berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.

“MAVA telah mengambil langkah untuk menubuhkan satu badan siasatan menyiasat kejadian tersebut dengan serta merta. MAVA juga akan berhubung dengan pihak-pihak yang berkaitan serta pihak berkepentingan.
“MAVA sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekasaran ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta perlembagaan MAVA,” jelas badan induk menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, video berdurasi 14 saat itu memperlihatkan jurulatih yang membimbing pasukan Melaka untuk Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14  menampar dua orang remaja perempuan ketika mereka berkumpul sewaktu jeda pertandingan.

Video berkenaan tular dan mendapat pelbagai respon negatif daripada netizen kerana dilihat begitu kejam dalam melatih anak didiknya.

Sumber: Twitter @jllmisai, @hannahyeoh, Utusan Malaysia 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd